29th Lamai Kaamatan Klang Valley 2024

JEMPUTAN KE

LAMAI KAAMATAN KLANG VALLEY KE-29 TAHUN 2024

Tadau Kaamatan yang dinanti-nantikan setiap tahun bakal menjelang tiba, dengan semangat PISOMPURUAN masyarakat KDMR di Lembah Klang sekali lagi tahun ini Lamai Kaamatan kali ke-24 berlangsung pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 11 Mei, 2024 (Aktiviti bermula 9.00am dan kemuncak bermula jam 7.00pm)
  • Tempat: DORSETT GRAND SUBANG HOTEL, SUBANG JAYA

Acara Pesta Kaamatan kemuncak yang paling menarik dan dinanti-nantikan ialah pencarian wakil Unduk Ngadau dan Sugandoi 2024, yang akan mewakili Klang Valley ke Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada hujung bulan mei nanti. Selain daripada itu juga kita akan disajikan dengan persembahan-persembahan oleh juara, cabutan bertuah dan gerai makanan dan kraftangan.

Demi memenuhi kehendak masyarakat KDMR di lembah klang, harga gerai Jualan, meja VIP dan tiket masuk adalah berpatutan. Kerana Kami mahu memberikan peluang kepada semua bersama merayakan kemeriahan Lamai Kaamatan Klang Valley 2019.

  • Masuk: Meja 10 bangku Theater Seat
  • Harga Meja VIP: Rm2,500.00 – Rm5,000.00 (10 seat) Harga Bangku sahaja (tanpa makanan) RM30.00 per seat. Bangku sangat terhad.
  • Gerai Jualan: Rm100 (Penuh).

Hubungi kami segera, ingat TERHAD! Untuk keterangan lanjut boleh terus menghubungi:

  • Zandi Lini – 0198201987
  • Tati Basilika – 0176334037

____________________________________________________________________________________________

Pendaftaran UNDUK NGADAU dan SUGANDOI sudah dibuka, mungkin anda yang kami cari. Serlahkan semangat HUMINODUN dan bakat anda. Daftar dengan segera!

Borang Sugandoi

QR scan untuk pendaftaran online (Pendaftaran Sudah ditutup)

Borang Unduk Ngadau

QR scan untuk pendaftaran online

Contact: Cyndy 019-388 0309 | Debra 014-553 1617 | Chun Chun. 012-836 9966

(Pendaftaran UNK dibuka sehingga jam 10.30am pada 28/4/2024 di St. Giles The Boulevard)

  • Saringan Unduk Ngadau dan Sugandoi: 28 April 2024 (9.00am-10.30am Pendaftaran)
  • Tempat   : St. Giles, The Boulevard Mid Valley, Kuala Lumpur. (Tingkat 8)
  • Mudah diaskes dengan pengangkutan awam, LRT Putra (Stesen Abdullah Hukum) dan Komuter (Stesen Mid Valley).

___________________________________________________________________________________________

Kita akan terus menyemai semangat cintakan budaya dan tradisi, mengenal atau monorisid adat leluhur yang menjadikan kita duta kecil di bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.

Kanou, mitatabang tokou moginakan …. kiiiihoiii !

Kotohuadan,

Jawatankuasa Penganjur Lamai Kaamatan Klang Valley 2024