24th Lamai Kaamatan Klang Valley

JEMPUTAN KE

24TH LAMAI KAAMATAN KLANG VALLEY 2019

____________________________________________________________________________________

24Th Lamai Kaamatan KV - Made with PosterMyWall.jpg

 

Tadau Kaamatan yang dinanti-nantikan setiap tahun bakal menjelang tiba, dengan semangat PISOMPURUAN masyarakat KDMR di Lembah Klang sekali lagi tahun ini Lamai Kaamatan kali ke-24 berlangsung pada ketetapan berikut:

  • Tarikh: 18 Mei 2019. (5.00 petang – 11.00 malam)
  • Tempat: WESTLANE PLACE, Petaling Jaya. Selangor. (3.1016° N, 101.6403° E)

Acara Pesta Kaamatan kemuncak yang paling menarik dan dinanti-nantikan ialah pencarian wakil Unduk Ngadau dan Sugandoi 2019, yang akan mewakili kita ke Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada hujung bulan mei nanti. Selain daripada itu juga kita akan disajikan dengan persembahan-persembahan oleh juara, cabutan betuah dan gerai makanan dan kraftangan.

Demi memenuhi kehendak masyarakat KDMR di lembah klang, harga gerai Jualan, meja VIP dan tiket masuk adalah berpatutan. Kerana Kami mahu memberikan peluang kepada semua bersama merayakan kemeriahan Lamai Kaamatan Klang Valley 2019.

  • Tiket Masuk: Rm15 Dewasa / Rm10 Kanak-kanak (Free seating ,Makan dan Minum).
  • Meja VIP: Rm1000 -Rm2000 (Terhad).
  • Gerai Jualan: Rm100 (Penuh).

Hubungi kami segera, ingat TERHAD! Untuk keterangan lanjut boleh terus menghubungi:

  • Pn Jessie – 013 333 9902
  • En Becker – 104 558 3961

____________________________________________________________________________________________

Pendaftaran UNDUK NGADAU dan SUGANDOI Masih terbuka, mungkin anda yang kami cari. Serlahkan semangat HUMINODUN dan bakat anda. Daftar dengan segera!

Borang Sugandoi

Borang Unduk Ngadau

  • Saringan: 5 Mei 2019. (9.00 Pendaftaran)
  • Tempat   : The ZON All Suite Residence Kuala Lumpur. (3.1583° N, 101.7172° E)

___________________________________________________________________________________________

Kita akan terus menyemai semangat cintakan budaya dan tradisi, mengenal atau monorisid adat leluhur yang menjadikan kita duta kecil di bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.

Kanou, mitatabang tokou moginakan …. kiiiihoiii !

Kotohuadan,

Jawatankuasa Penganjur Lamai Kaamatan Klang Valley 2019