Syarat & Borang UN

SYARAT-SYARAT ASAS PENYERTAAN UNDUK NGADAU SABAH 2019

Penyertaan terbuka kepada semua gadis warganegara Malaysia (MyKad), suku kaum etnik KDMR Sabah / kacukan KDMR Sabah, sihat tubuh badan dan waras (sihat mental).

Penyertaan hanya terbuka kepada gadis yang bukan beragama Islam sahaja.

Penyertaan pada tahun 2019 hanya terbuka kepada gadis yang berumur diantara 18 hingga 27 tahun sahaja (1991 – 2001), masih bujang (tidak pernah berkahwin, tidak pernah mengandung, tidak pernah melahirkan anak), dan bertingkahlaku baik, serta sanggup mengikuti segala syarat yang telah ditetapkan.

18 Tahun : Lahir sebelum atau pada 31 Disember 2001 dan telah tamat SPM 2018.

27 Tahun : Lahir pada atau selepas 1 Jun 1991.

Penuntut sekolah dilarang menyertai pertandingan ini kecuali mendapat kebenaran bertuis daripada pihak sekolah.

Peserta berumur 21 tahun hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.

Tidak pernah terlibat dengan mana-mana kegiatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang negara.

Sekiranya peserta telah memenangi Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat daerah, peserta tidak dibenarkan menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik yang lain sehinggalah pertandingan di peringkat negeri selesai pada 31 Mei tahun semasa.

Peserta yang pernah mewakili daerah sebagai Unduk Ngadau Kaamatan ke peringkat negeri sebanyak dua kali adalah masih layak menyertai pertandingan di peringkat negeri dengan syarat telah melepasi tempoh 2 tahun (kali terakhir wakil daerah ke negeri pada tahun 2016) dan masih dalam lingkungan umur layak.

Peserta yang pernah memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga (Top 3) di peringkat negeri tidak layak menyertai.

Peserta diwajibkan memakai pakaian KDMR yang lengkap semasa hari pendaftaran (27 Mei) dan hari pertandingan akhir (31 Mei) serta digalakkan memakai pakaian tradisi asal suku kaum dari daerah yang diwakili.

Peserta boleh memakai sama ada pakaian tradisi back to basic atau moden yang masih mengekalkan konsep, corak, warna dan perhiasan tradisional asal pakaian tradisi daerah pada 31 Mei.

Penyertaan hendaklah disahkan oleh Ketua Pentadbir Badan Tempatan (Mayor Bandaraya, Presiden, Pegawai Daerah/Daerah Kecil atau pegawai yang diwakilkan).

Peserta daripada luar negeri Sabah (Johor, Klang Valley, Putrajaya, Pulau Pinang dan Labuan) hendaklah gadis KDMR/kacukan yang bekerja, bermastautin atau menuntut di Instituti Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia sahaja.

Peserta hendaklah berpakaian yang bersesuaian, sopan dan tidak mencolok mata di sepanjang Minggu Unduk Ngadau (27 Mei – 1 Jun)

Pakaian, dandanan, solekan dan perhiasan di sepanjang Minggu Unduk Ngadau (27 Mei – 31 Mei) adalah atas tanggungjawab pengerusi penganjur daerah / pengurus / penyelaras / peserta sepenuhnya.

Pengurusan peserta termasuk pengangkutan untuk menghantar peserta adalah atas tanggungjawab penganjur daerah berkenaan sepenuhnya.

Penganjur di peringkat negeri akan menyediakan penginapan, makan minum dan pengangkutan di sepanjang aktiviti semasa Minggu Unduk Ngadau.

Peserta / Penganjur Daerah hendaklah mengemukakan segala maklumat yang benar dan tepat sahaja di dalam Buku Pendaftaran Unduk Ngadau Kaamatan.

Sebarang maklumat yang tidak lengkap dan tidak sahih akan menyebabkan penyertaan peserta ditolak. Peserta hendaklah berdisiplin, komited dan menunjukkan semangat Huminodun di sepanjang Minggu Unduk Ngadau.

Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak dibenarkan.

Kepada semua aspiran Unduk Ngadau Klang Valley 2019, kami ucapkan selamat Berjaya.

Urusetia Kaamatan
KDCA KLANG VALLEY

——————————————————————
Jika aspiran Unduk Ngadau tidak sempat menghantar Borang, silakan
Jika peserta tidak dapat akses borang ONLINE, maklumat berikut boleh di ‘copy&paste’ dengan maklumat penuh dan hantarkan melalui email kepada kdcakv@gmail.com sebelum 4/5/2019: 
Quote
BORANG PENYERTAAN UNDUK NGADAU KAAMATAN KLANG VALLEY 2019
  • Nama:
  • No. K/P:
  • Ketinggian(cm):
  • Berat(kg):
  • Suku Kaum:
  • Daerah Asal:
  • Hobi:
  • Pencapaian Akademik:
  • Cita-cita:
  • Pekerjaan:
  • Nama Organisasi/institusi:
  • Alamat Perhubungan:
  • Email:
  • Telefon no/Handphone:
    Bakat (jika ada):
    Ceritakan sedikit mengenai diri anda ….
  • AKUAN: Dengan menghantar borang penyertaan ini, maka pemohon wajib bersetuju dengan akuan  bahawa “Saya dengan ini mengakui bahawa semua maklumat yang saya berikan diatas adalah benar, dan saya faham bahawa penyertaan saya boleh dibatalkan sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang disebutkan dalam borang permohonan.”

_________________________________________________
AKUJANJI PESERTA UNDUK NGADAU KLANG VALLEY 2019

  1. Saya berjanji akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2019, bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Klang Valley 2019 dengan tertib, berniat murni dan bertanggungjawab;
  2. Bahawa, sekiranya saya terpilih menyandang gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2019 dan telah terlibat/melibatkan diri dalam pecah amanah, bankrapsi, dikenakan tindakan mahkamah, kesalahan di khalayak ramai atau apa sekali pun tingkah laku yang menjejaskan imej saya sebagai penyandang atau menjejaskan imej penganjur Unduk Ngadau Kaamatan 2019, Masyarakat Kadazandusun, KDCA dan Kerajaan Negeri, maka saya hendaklah mengundur diri sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2019 dan menyerahkan kembali mahkota saya kepada pihak penganjur untuk membolehkan mereka memahkotakan penyandang seterusnya.
  3. Saya akan mengambil bahagian dalam aktiviti amal dan kebudayaan bersesuaian dengan objektif KDCA dan Kerajaan Negeri, yang telah dirancang untuk Unduk Ngadau Kaamatan 2019 dengan penuh tanggungjawab.
  4. Saya bersetuju untuk mendapat izin secara bertulis daripada KDCA sebelum terlibat dalam kegiatan pengiklanan produk (product endorsement) atau mana-mana persembahan umum (public appearance) selama 1 (satu) tahun bermula dari tarikh menyandang gelaran;
  5. Saya akan menerima keputusan panel hakim sebagai muktamad;
  6. Saya mengaku bahawa semua keterangan dalam dokumen ini adalah benar.
  7. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui email atau secara on-line di UN Online tau email ke kdcakv@gmail.comdengan tajuk email: UG 2019: *Nama anda

* Penyerahan E-Borang ini secara otomatik akan menganggap bahawa peserta setuju dengan akujanji ini.

Unquote

Advertisements