Bagaimana untuk menyertai Unduk Ngadau KV?

Sertai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2018

Direct to the Unduk Ngadau KV Team 2018 : 019-388 0309 /012-305 9755 /016-377 7976

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2017?

How to join Unduk Nagadau Kaamatan Klang Valley 2018 ?
Cara-cara Menyertai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley:- 

Option 1: Pendaftaran dalam talian di sini Unduk Ngadau Online
Option 2: Copy-paste Borang penyertaan di bawah ini dan email kan dengan maklumat anda ke email kdcakv@gmail.com sebelum tarikh tutup.

_________________________________________________

BORANG PENYERTAAN UNDUK NGADAU KAAMATAN KLANG VALLEY 2018

  • Nama:
  • No. K/P:
  • Ketinggian(cm):
  • Berat(kg):
  • Suku Kaum:
  • Daerah Asal:
  • Hobi:
  • Pencapaian Akademik:
  • Cita-cita:
  • Pekerjaan:
  • Nama Organisasi/institusi:
  • Alamat Perhubungan:
  • Email:
  • Telefon no/Handphone:
    Bakat (jika ada):
    Ceritakan sedikit mengenai diri anda ….

AKUAN: Dengan menghantar borang penyertaan ini, maka pemohon wajib bersetuju dengan akuan  bahawa “Saya dengan ini mengakui bahawa semua maklumat yang saya berikan diatas adalah benar, dan saya faham bahawa penyertaan saya boleh dibatalkan sekiranya didapati tidak memenuhi syarat-syarat yang disebutkan dalam borang permohonan.”

_________________________________________________
AKUJANJI PESERTA UNDUK NGADAU KLANG VALLEY 2017

  1. Saya berjanji akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2018, bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Klang Valley 2018 dengan tertib, berniat murni dan bertanggungjawab;
  2. Bahawa, sekiranya saya terpilih menyandang gelaran Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2017 dan telah terlibat/melibatkan diri dalam pecah amanah, bankrapsi, dikenakan tindakan mahkamah, kesalahan di khalayak ramai atau apa sekali pun tingkah laku yang menjejaskan imej saya sebagai penyandang atau menjejaskan imej penganjur Unduk Ngadau Kaamatan 2018, Masyarakat Kadazandusun, KDCA dan Kerajaan Negeri, maka saya hendaklah mengundur diri sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley 2018 dan menyerahkan kembali mahkota saya kepada pihak penganjur untuk membolehkan mereka memahkotakan penyandang seterusnya.
  3. Saya akan mengambil bahagian dalam aktiviti amal dan kebudayaan bersesuaian dengan objektif KDCA dan Kerajaan Negeri, yang telah dirancang untuk Unduk Ngadau Kaamatan 2018 dengan penuh tanggungjawab.
  4. Saya bersetuju untuk mendapat izin secara bertulis daripada KDCA sebelum terlibat dalam kegiatan pengiklanan produk (product endorsement) atau mana-mana persembahan umum (public appearance) selama 1 (satu) tahun bermula dari tarikh menyandang gelaran;
  5. Saya akan menerima keputusan panel hakim sebagai muktamad;
  6. Saya mengaku bahawa semua keterangan dalam dokumen ini adalah benar.
  7. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar melalui email atau secara on-line di UN Online tau email ke kdcakv@gmail.comdengan tajuk email: UG 2018: *Nama anda

* Penyerahan E-Borang ini secara otomatik akan menganggap bahawa peserta setuju dengan akujanji ini.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN UNDUK NGADAU KLANG VALLEY

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada gadis kaum Kadazandusun / Murut atau kacukan Kadazandusun/Murut berasal dari Sabah dan Warganegara Malaysia, Bumiputra. Mestilah seorang ahli KDCA Klang Valley. Keahlian KDCA Klang Valley boleh dipohon pada hari pendaftaran. Yuran amat minimum ($15 untuk 5 tahun pertama. Pembaharuan cuma $1 setahun).
  2. Peserta diwajibkan berbahasa ibunda sewaktu pengenalan diri pada pertandingan akhir pada hari pertandingan, (Tarikh TBA)
  3. Peserta hendaklah masih bujang-belum berkahwin, berumur di antara 18 hingga 25 tahun pada 1 January 2018.
  4. Penuntut sekolah dilarang menyertai kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak sekolah;
  5. Tidak pernah terlibat dalam mana-mana kegiatan gejala sosial;
  6. Tidak pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Klang Valley dan peringkat Negeri;
  7. Pakaian, solekan, dandanan dan perhiasan semasa hari pertandingan hendaklah ditanggung oleh peserta;
  8. Tarikh tutup 1Mei, 2018 (walk-in Pre-Selection). Borang penyertaan Online yang diterima  selepas  30 April 2018 tidak akan dilayan.;
  9. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan selepas pertandingan.
  10. Semua tarikh-tarikh yang disebutkan di atas adalah jangkaan terdekat sahaja, pihak penganjur boleh mengubah tarikh pada bila-bila masa apabila perlu.
  11. Penyertaan dan ‘title’ sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Klang Valley boleh dibatalkan atau ditarik semula oleh penganjur, jika didapati penyertaan seseorang peserta telah tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur, contohnya, jika maklumat yang diberikan tidak benar, atau terlibat dengan gejala yang menyebabkan aib kepada penganjur.

Kepada semua aspiran Unduk Ngadau Klang Valley 2018, kami ucapkan selamat Berjaya.

Urusetia Kaamatan
KDCA KLANG VALLEY

Advertisements